Oh Apih,
kau bercerita pasal memasak ya.. Mai sini kita lawan masak..
Yang sebenarnya pasal sembelih arnab tu, akulah orang yang memegangnya.
Sebab masa tu rasa nak tunjuk hero beb. Cayalah anak pak Ucin ni , berani beb.
Tu cerita pasal arnab. Cerita pasal tanam petola pulak kat IPP..pokok akulah paling subur sebab pergi letak baja daun..Last2 pokok aku tak ada buah sebab lebih baja daun.. engkorang jugak yang banyak hasil. Siapa ingat kisah tanam tembikai tu..Dah tanam dapat hasil tapi tak bagi makan disuruh jual aje di sekitar kawasan Setiawan.
Apa lagi aku,Oya dan Eti(Yati Adam) pergi curi masa maghrib kat ladang dan bawak balik ke bilik. Kenduri sakan beb. Geng2 blok aku dapat lah makan tapi blok ekau Apih tak dapat makan apa hasil yang aku curi sebab nun di depan sana.
Jagung pulak rebus senyap2 dengan gunakan baldi dan juga entah sapa punya apa ke nama tu pemanas letrik. Sekarang orang tak guna dah takut mati terkena kejutan letrik.
Bab memasak pulak di IPBL, ingat tak masa puan Fazillah suruh gali ubi kayu da buat tapai. Aku dengan Meksu Suriati Salleh end the Geng buat tapai goreng dan jual di Pekan Sungai Petani. Nama tapai goreng aku ialah tapai goreng KFC.. Sedap gila kerana manis dan tepung untuk goreng mek su yang bancuh..Laku gila dan siap ada pelanggan tetap. Sekarang semuanya tinggal kenangan dan rindu nak mengulangi saat2 itu. Sedih beb.
Sekian .
No comments:
Post a Comment