Monday, September 27, 2010

ULANGTAHUN KE 5

sedar tak sedar blog ni dah beroperasi selama 5 thn.. lama tu.. dan selama itulah perhubungan kita tetap utuh..

tahun depan buleh la kita sambut ulangtahun ni.. doakan semoga pertemuan kita berjalan lancar.

sabtun (2 Oktober) ni haja nk dtg umah aku.. meh la haja.. aku tk pandai masak mcm ko... so apa yg aku masak, harap ko buleh la makan.. hehhehe

member2 yang mana dekat sini, meh la dtg.. heheh..

Saturday, September 25, 2010

SELAMAT KEMBALI BLOG EX-TIUT..

salam semua.. terima kasih kak liz kerana memulihkan kembali blog nih.. setahun tak berpenghuni.. dah bersawang kot.. heheheh...

SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN..pada sahabat2 sekelian..

untuk pengetahuan korang, aku akan tutup akaun FB.. tk lama lagi... dan kalau ada apa2 kita rujuk kembali pada blog ni..

menyorot kembali perjumpaan yang kita adakan 3 bulan lepas, tahun depan kita akan adakan untuk kali ke-2.. harapan aku agar kali ni ramai la yang beri sokongan untuk perjumpaan kita ni.

bulan jun tahun depan banyak pulak aturcara nk dilakukan. tapi tahun depan giliran sahabat yang dok Pahang yang jlnkan perjumpaan ni.

kita akan mula kutip duit tahun depan mungkin dlm bulan januari. tunggu la pengumuman dalam masa terdekat ni. kalau ada perubahan atau apa sahaj, jgn lupa layari blog ni.

dari: APIH

Saturday, August 14, 2010

Lamanya!!!!

Wah! Lama betul blog ni tak di "update". Apih yang rajin update pun dah merajuk nak update. Ye Pih? Pih, janganlah merajuk.. hihihi.. FB, FB jugak, Blog, blog jugak..

Apa cerita terbaru warga ex-tiut 1994/1996?

Banyak sebenarnya...

Yang latest dan deboom ialah reunion yang akhirnya berjaya juga diadakan dengan usaha gigih Pn. Apih kita. Juga depa yang sangat bermurah hati menghulurkan tenaga, door gift dan lain2. Terima kasih korang!

Tahun depan, mudah-mudahan dengan izin Allah menjadi lah reunion kita ye. Kuantan, kami datang untuk jejak kasih! InsyaAllah.... :D

Okay.... untuk tatapan mata kengkawan yang tak dapat datang reunion kat PD haritu, bawah ni gambar2 kami dari lensa kamera akak. Kalau nak yang lain2 plak, kena mintak Medai, Da'a, Uda dan lain2 yg ada kamera hari tu untuk upload kat sini :)


Tuesday, January 13, 2009

SELAMATKAN PALESTIN!

SELAMAT SAHABAT SEMUA!

Korang semua sudah maklum apa yang berlaku kepada saudar kita di palestin.. aku yang baca surat kabo tiap2 hari, rasa tak berdaya nak menolong.. tiap kali aku lihat di dada akhbar mengenai kezaliman israel dan sekutunya membunuh jiwa yang tak berdosa. betapa mereka ini seperti iblis... air mata aku ni tak dapat menahan bila melihat semua ini berlaku.. terbayang aku andai yang mati itu keluarga aku, anak2 aku.. sedihnye ya Allah...

apa peranan kita sebagai muslim?... boikot barangan buatan amerika.... makanan fast food seperti KFC, McDonald, Pizza Hut etc.. tapi korang tau tak, yang ramai kerja adalah org melayu dan beragama islam pulak tu...

hanya doa yang mampu kita lakukan... ingatlah doa2 orang yang teraniaya ni makbul...

Berikut Adalah Surat daripada Setiausaha Gerakan al-Ikhwan al-Muslimun di Mesir untuk umat Islam di seluruh dunia.

Surat ini telah dikirimkan kepada pertubuhan-pertubuh an Islam dan kemanusiaan di seluruh dunia. Saya telah diminta untuk menterjemahkannya kepada seluruh rakyat Malaysia yang peduli terhadap isu Palestin.

Beberapa perubahan kecil dari teks asalnya sewaktu proses penterjemahan demi menyesuaikannya dengan budaya, mentaliti dan realiti rakyat Malaysia.
Diharapkan agar para pembaca dapat menyebarkan surat ini kepada para pembaca bahasa Melayu yang lain demi menyemarakkan usaha menyelamatkan rakyat Gaza yang sedang menderita akibat kepungan Rejim Zionis yang zalim dengan bantuan Amerika Syarikat.

Dan Janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang beriman” (Ali-Imran 139).

daripada Allah s.w.t kepada sekelian orang yang beriman…. Kamu sekali-kali tidak akan ditimpa ketakutan, tidak akan diselubungi kesedihan dan hati kamu sekali-kali tidak akan dirundungi kekecewaan. Kekecewaan tidak sekali-kali akan dapat diharmonikan dengan keimanan. Kamu berada pada darjat yang paling tinggi selagi mana kamu beriman dan sentiasa mempunyai talian yang kuat dengan Allah yang Maha Mulia lagi Berkuasa.

Keadaan di Gaza memerlukan sikap pro-aktif umat Islam sedunia. Adalah menjadi satu kezaliman bagi kaum Muslimin membiarkan saudara mereka di Palestin berterusan dizalimi oleh rejim Zionis Israel dan sekutunya. Kita boleh melakukan banyak perkara demi untuk saudara-saudara kita di Gaza ….Dengan ini, saya menyeru setiap pihak agar:

1- Qunut Nazilah – Membaca qunut nazilah pada setiap kali solat dan ajarkan makna qunut dan cara melakukannya kepada orang-orang yang masih belum mengetahui hakikat qunut.

DOA QUNUT NAZILAH

YA ALLAH,
SESUNGGUHNYA KAMI MELETAKKAN-MU,
DI BATANG - BATANG LEHER MUSUH - MUSUH KAMI,
DAN KAMI BERLINDUNG DENGAN-MU,
DARIPADA KEJAHATAN - KEJAHATAN MEREKA,

YA ALLAH
LEBURKANLAH DAN KACAU-BILAUKANLAH PERSATUAN MEREKA,
GONCANGKAN PENDIRIAN MEREKA,
DAN HANTARAKN ANJING- ANJING KAMU KEPADA MEREKA,
WAHAI TUHAN YANG GAGAH PERKASA,
WAHAI TUHAN YANG MAHA MENGHUKUM
WAHAI TUHAN YANG BERSIFAT MURKA,

YA ALLAH, YA ALLAH, YA ALLAH,
WAHAI TUHAN AYNG MENURUNKAN KITAB,
WAHAI TUHAN YANG MENEWASKAN BALA TENTERA AL-AHZAB,
KALAHKAN MEREKA,
KALAHKAN MEREKA,
KALAHKAN MEREKA,
DAN MENANGKAN KAMI KE ATAS MEREKA.

AMIN...........................................

"Doakan saudara-saudara kita seislam yang dizalimi dan dan ditindas oleh kaum kafir. Amalkan doa ini moga2 kemenangan berada di pihak islam ...."


2- Tinggalkan makanan, minuman dan kerehatan yang berlebihan dan salurkannya kepada saudara-saudara kita di Palestin. Salurkan wang anda kepada pertubuhan-pertubuh an kebajikan tempatan yang terlibat menguruskan sumbangan untuk membantu rakyat Palestin.

3- Mendermalah untuk pembelian ubat-ubatan yang diperlukan. Menyumbang secara terus sama ada sumbangan yang berbentuk material ataupun kewangan. Hospital-hospital dan klinik-klinik di Gaza sedang kehabisan ubat-ubatan untuk merawat para pesakit.

4- Bagi sesiapa yang mempunyai kemampuan dan kesempatan, sertailah misi-misi kemanusiaan untuk membantu rakyat Gaza (untuk menyalurkan kelengkapan pakaian, makanan dan bahan api)

5- Mobilisasi rakyat untuk bangkit melahirkan solidariti bersama rakyat Gaza yang dizalimi dan sedang menghadapi krisis kemanusiaan yang semakin meruncing. Demo, bantahan, memorandum dan juga segala wasilah yang sesuai mestilah digunakan untuk tujuan tersebut.

6- Sebarkan maklumat kesengsaraan rakyat Gaza kepada seluruh rakyat dan penduduk dunia melalui teknologi yang ada seperti poster, banner, penulisan artikel di akhbar-akhbar, majalah-majalah, e-mail, laman web, sms, Ym dan lain-lain lagi.

7- Wujudkan Tabung Palestin di setiap rumah (Didiklah anak-anak agar mula menabung dari duit perbelanjaan mereka untuk rakyat Palestin). Sikap ini akan mewujudkan perasaan kebersamaan mereka dengan rakyat Palestin yang ditindas.

8- Bagi para pemudi dan wanita yang beriman, mereka hendaklah berderma dengan barang-barang perhiasan berharga yang mereka miliki.

9- Kepada seluruh warga yang bekerja, gunakanlah kedudukan kamu untuk menyelamatkan Palestin. Sebagai contoh :-

a. Para Pendakwah : Bangunkan Ummah untuk membantu Palestin dan serulah pihak-pihak berkuasa dengan kebenaran.

b. Ahli-ahli Parlimen : Gunakan segala jentera pemantauan supaya Kerajaan melaksanakan tanggungjawabnya secepat mungkin.

c. Para aktivis Politik dan Parti : Himpunkan rakyat untuk isu ini, berlumba-lumbalah sekarang untuk menyelamatkan ummah.

d. Para Pengamal Undang-undang : Berusahalah di peringkat nasional dan antarabangsa untuk mengutuk perang dan penyembelihan secara beramai-ramai ini.

e. Para Wartawan : Gunakan kedudukan anda untuk membentuk pendapat umum rakyat samada melalui media bercetak mahupun media audio visual. Sebarkan kesedaran mengenai usaha ummah untuk menyelamatkan Palestin. Dedahkan pekung musuh, berilah peringatan kepada mereka yang masih bersikap alpa dan leka, serulah ummah dan bangunkan orang-orang yang lalai.

Gerakerja secara kolektifIkhwan Muslimin, seluruh parti politik dan pertubuhan-pertubuh an NGO, sekarang ini sedang berhimpun untuk menyusun usaha secara kolektif menuntut supaya pintu masuk di setiap sempadan di Palestin untuk dibuka. Dengan izin Allah, semua pertubuhan ini dengan kerjasama daripada bangsa Arab, umat Islam dan seluruh rakyat di dunia akan melakukan apa yang tidak dilakukan oleh negara-negara dan institusi-institusi antarabangsa.

“Dan katakanlah, “ Bekerjalah kamu, maka Allah akan melihat pekerjaanmu, begitu juga RasulNya dan orang-orang Mukmin..” (At-Taubah : 105)

Note: Dr. Mahmoud Ezzat,
Setiausaha Agung,
Jamaah Ikhwan Muslimin.
Terjemahan : Maszlee MalikSumber: http://www.palestin kini.info

"Barangsiapa dari kalangan kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah ia mengubah kemungkaran itu dengan tangannya. Andai tiada keupayaan, maka lakukan dengan lisannya. Andai tiada juga keupayaan, maka lakukan ia dengan hatinya. Dan demikian itu adalah selemah-lemah iman” “ Muttafaq ‘alayh

yang baik itu datangnyer dari ALLAH, yang buruk itu datangnyer dari aku..

********************************APIH *************************************

Sunday, January 4, 2009

AL-FATIHAH BUAT ZAHARAH MD SAID

salam semua...

selamat tahun baru 2009...

ingat tak apda tarikh ni, 3 januari.... al-fatihah kepada arwah zaharah @ zack... moga2 ALLAH mencucuri rahmat ke atas rohnya...

tak salah genap lah 5 tahun sahabat kita meninggalkan kita... kalau ada masa terluang, lepas solat tu, bacalah yasin untuk arwah...

salam hormat untuk semua...

APIH>>>

Wednesday, December 31, 2008

selamat tinggal 2008, selamat datang 2009!

hari ini adalah hari terakhir untuk tahun 2008.. dan takkan muncul lagi..

selamat datang kepada 2009.. semoga tahun baru ini membuka lembaran baru kepada kita semua...


HAPPY NEW YEAR 2009!

DARI apih

NANO WATER CAN

weh.. aku nak kongsi dengan korang nih... pernah dengar tentang "NANO WATER CAN"?

untuk sahabat2 yang sayangkan kesihatan anda, keluarga dan sesiapa sahaja.. baca la ni..

Apa itu Air Nano?

Air Nano ialah air yang telah dicas dengan tenaga halus (Inframerah Jauh) untuk mengstruktur semula kelompok molekul-molekul air. Di bawah keadaan biasa, molekul air cenderung untuk mengelompok bersama bagi menghasilkan saiz kelompok yang berlainan. Apabila kelompok-kelompok ini terdedah kepada tenaga Inframerah Jauh, ia berpecah kepada kelompok lebih kecil dan mempunyai saiz yang seragam. Mereka juga sentiasa bergerak secara rawak dan berlanggaran. Ini dikenali sebagai gemaan kerana mereka mempunyai imbangan cas. Imbangan cas ini penting bagi meransang urat-urat limfa kita untuk berasa muda kembali dan membersihkan toksin dari badan kita.Bekas Air Nano Lily Active SMN dilengkapkan dengan teknologi Nano Inframerah Jauh (FIR).


Inframerah jauh digunakan untukmengaktifkan molekul-molekul air dan mineral dalam air manakala Teknologi Nano digunakan untuk mengasingkan kelompok-kelompok air kepada kelompok yang lebih kecil dan seragam (kelompok air dalam Bekas Air Nano Lily Active adalah kira-kira tiga (3) hingga lima (5) unsur).Air merupakan medium pengangkutan untuk tindak balas kimia dalam tubuh manusia. Selain daripada molekul H2O yang membentukkan air, ia juga mengandungi mineral penting untuk fungsi jasmani kita. Mineral-mineral itu ialah Kalsium, Sodium, Zat Besi dan juga kumpulan mineral yang lain.

Tubuh manusia mengandungi lebih daripada 70% air dalam orang dewasa dan kira-kira 80% dalam bayi dan kanak-kanak. Air didapati di dalam cecair badan kita (darah, peluh, air liur, kencing dan lain-lain), sel-sel badan dan di antara sel-sel badan. 70% daripada darah kita terdiri daripada AIR.Oleh itu, boleh dikatakan kita memerlukan sekurang-kurangnya 2.5 liter air setiap hari untuk fungsi-fungsi jasmani badan dan menggantikan kandungan yang hilang menerusi peluh, kencing dan sebagainya.

Air Nano dari Bekas Air Nano Lily Active diserap dengan cepat menerusi mulut, sel-sel dan perut. Apabila sel-sel kita menyerap air yang diperkayakan dengan tenaga FIR, ia menyebabkan molekul air dalam badan kita bergetar pada kadar 240,000 kali sesaat.Ini mengionkan dan mengaktifkan molekul-molekul air dalam sel-sel kita dan darah lalu memperbaiki peredaran darah dan kesihatan kita. Ia juga memperbaiki tahap oksigen dalam badan kita, memanaskan dan melenyapkan lemak dan toksin daripada sistem tubuh kita, maka memperbaiki peredaran darah. Ini juga memperbaiki perspirasi dan mencegah pertumbuhan bakteria, melegakankesakitan, meningkatkan tenaga dan kesihatan kita, mempercepatkan pembaikpulihan sel-sel, mengimbangkan keasidan dalam badan kita, membantu kita tidur dengan lebih lena dan sebagainya.

Bagi sesetengah orang, mereka mungkin berasa kesakitan atau gatal seluruh badan selepas meminum air dari Bekas Air Nano Lily Active. Anda tidak perlu risau dengan keadaan ini kerana ia merupakan krisis penyembuhan yang berlaku apabila tubuh badan kita mula membebaskan toksin. Anda adalah dinasihatkan untuk meneruskan peminuman dari Bekas Air Nano Lily Active kerana kesakitan ini akan reda selepas satu minggu. Walau bagaimanapun, hentikan penggunaannya jika kesakitan tidak dapat ditahan. Akan tetapi, terdapat orang yang mungkin tidak menghadapi sebarang kesulitan langsung.Ini adalah kerana mereka lebih sihat daripada yang lain. Dengan menggunakan air daripada Bekas Air Nano Lily Active, anda akan mendapati kebaikan-kebaikannya dalam tempoh jangka panjang.

kalau korang rasa2 nak beli harga RM300.. kalau nk tau lebih lanjut, calling2 la aku nih.. hehheheeh

from APIH

SALAM TAHUN BARU MAAL HIJRAH 1430

assalamualaikum...
buat sahabat2 jauh dan dekat.. dikesempatan ini aku nk ucapkan selamat tahun baru maal hijrah 1430 pada semua.. semoga tahun hadapan membawa banyak perubahan daripada yang buruk kepada yang baik.

moga2 dijauhkan dari fitnah di dunia dan diakhirat, dimurahkan rezeki, panjang umur dan semoga berjaya menempuh tahun baru.

apa azam sahabat sekelian? insya-allah tahun baru ni aku cuba buka lembaran baru.. dan memperbanyak lagi ceritera, berita dan lain- lain khusus untuk tatapan semua...

tutup buka lama dan buka buku baru..

untuk renungan sahabat semua "....dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya" (Al-Baqarah:216)
















from: APIH

Friday, December 19, 2008

photo terbaru Haja n family

salam semua... semlm chating ngan haja, dia bg la photo dia... nah pada sesiapa yang rindu nk tatap muka dia, ha tengok la puas2... tu bukan main montel anak dia tu..




dan ni family sebelah asben dia.. kalau nk tau asben dia, korang teka laa mana satu?
apa? yang purple.. wei.. itu bapak mertua dia daaaa.. yang pakai spek tu? ish.. tu adik ipar..
yang baju biru tu laa asben dia.. kaler sedondon jer gitu..
semoga anda berpuas hati ... bye
APIH la saper lagi...