Tuesday, January 13, 2009

SELAMATKAN PALESTIN!

SELAMAT SAHABAT SEMUA!

Korang semua sudah maklum apa yang berlaku kepada saudar kita di palestin.. aku yang baca surat kabo tiap2 hari, rasa tak berdaya nak menolong.. tiap kali aku lihat di dada akhbar mengenai kezaliman israel dan sekutunya membunuh jiwa yang tak berdosa. betapa mereka ini seperti iblis... air mata aku ni tak dapat menahan bila melihat semua ini berlaku.. terbayang aku andai yang mati itu keluarga aku, anak2 aku.. sedihnye ya Allah...

apa peranan kita sebagai muslim?... boikot barangan buatan amerika.... makanan fast food seperti KFC, McDonald, Pizza Hut etc.. tapi korang tau tak, yang ramai kerja adalah org melayu dan beragama islam pulak tu...

hanya doa yang mampu kita lakukan... ingatlah doa2 orang yang teraniaya ni makbul...

Berikut Adalah Surat daripada Setiausaha Gerakan al-Ikhwan al-Muslimun di Mesir untuk umat Islam di seluruh dunia.

Surat ini telah dikirimkan kepada pertubuhan-pertubuh an Islam dan kemanusiaan di seluruh dunia. Saya telah diminta untuk menterjemahkannya kepada seluruh rakyat Malaysia yang peduli terhadap isu Palestin.

Beberapa perubahan kecil dari teks asalnya sewaktu proses penterjemahan demi menyesuaikannya dengan budaya, mentaliti dan realiti rakyat Malaysia.
Diharapkan agar para pembaca dapat menyebarkan surat ini kepada para pembaca bahasa Melayu yang lain demi menyemarakkan usaha menyelamatkan rakyat Gaza yang sedang menderita akibat kepungan Rejim Zionis yang zalim dengan bantuan Amerika Syarikat.

Dan Janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang beriman” (Ali-Imran 139).

daripada Allah s.w.t kepada sekelian orang yang beriman…. Kamu sekali-kali tidak akan ditimpa ketakutan, tidak akan diselubungi kesedihan dan hati kamu sekali-kali tidak akan dirundungi kekecewaan. Kekecewaan tidak sekali-kali akan dapat diharmonikan dengan keimanan. Kamu berada pada darjat yang paling tinggi selagi mana kamu beriman dan sentiasa mempunyai talian yang kuat dengan Allah yang Maha Mulia lagi Berkuasa.

Keadaan di Gaza memerlukan sikap pro-aktif umat Islam sedunia. Adalah menjadi satu kezaliman bagi kaum Muslimin membiarkan saudara mereka di Palestin berterusan dizalimi oleh rejim Zionis Israel dan sekutunya. Kita boleh melakukan banyak perkara demi untuk saudara-saudara kita di Gaza ….Dengan ini, saya menyeru setiap pihak agar:

1- Qunut Nazilah – Membaca qunut nazilah pada setiap kali solat dan ajarkan makna qunut dan cara melakukannya kepada orang-orang yang masih belum mengetahui hakikat qunut.

DOA QUNUT NAZILAH

YA ALLAH,
SESUNGGUHNYA KAMI MELETAKKAN-MU,
DI BATANG - BATANG LEHER MUSUH - MUSUH KAMI,
DAN KAMI BERLINDUNG DENGAN-MU,
DARIPADA KEJAHATAN - KEJAHATAN MEREKA,

YA ALLAH
LEBURKANLAH DAN KACAU-BILAUKANLAH PERSATUAN MEREKA,
GONCANGKAN PENDIRIAN MEREKA,
DAN HANTARAKN ANJING- ANJING KAMU KEPADA MEREKA,
WAHAI TUHAN YANG GAGAH PERKASA,
WAHAI TUHAN YANG MAHA MENGHUKUM
WAHAI TUHAN YANG BERSIFAT MURKA,

YA ALLAH, YA ALLAH, YA ALLAH,
WAHAI TUHAN AYNG MENURUNKAN KITAB,
WAHAI TUHAN YANG MENEWASKAN BALA TENTERA AL-AHZAB,
KALAHKAN MEREKA,
KALAHKAN MEREKA,
KALAHKAN MEREKA,
DAN MENANGKAN KAMI KE ATAS MEREKA.

AMIN...........................................

"Doakan saudara-saudara kita seislam yang dizalimi dan dan ditindas oleh kaum kafir. Amalkan doa ini moga2 kemenangan berada di pihak islam ...."


2- Tinggalkan makanan, minuman dan kerehatan yang berlebihan dan salurkannya kepada saudara-saudara kita di Palestin. Salurkan wang anda kepada pertubuhan-pertubuh an kebajikan tempatan yang terlibat menguruskan sumbangan untuk membantu rakyat Palestin.

3- Mendermalah untuk pembelian ubat-ubatan yang diperlukan. Menyumbang secara terus sama ada sumbangan yang berbentuk material ataupun kewangan. Hospital-hospital dan klinik-klinik di Gaza sedang kehabisan ubat-ubatan untuk merawat para pesakit.

4- Bagi sesiapa yang mempunyai kemampuan dan kesempatan, sertailah misi-misi kemanusiaan untuk membantu rakyat Gaza (untuk menyalurkan kelengkapan pakaian, makanan dan bahan api)

5- Mobilisasi rakyat untuk bangkit melahirkan solidariti bersama rakyat Gaza yang dizalimi dan sedang menghadapi krisis kemanusiaan yang semakin meruncing. Demo, bantahan, memorandum dan juga segala wasilah yang sesuai mestilah digunakan untuk tujuan tersebut.

6- Sebarkan maklumat kesengsaraan rakyat Gaza kepada seluruh rakyat dan penduduk dunia melalui teknologi yang ada seperti poster, banner, penulisan artikel di akhbar-akhbar, majalah-majalah, e-mail, laman web, sms, Ym dan lain-lain lagi.

7- Wujudkan Tabung Palestin di setiap rumah (Didiklah anak-anak agar mula menabung dari duit perbelanjaan mereka untuk rakyat Palestin). Sikap ini akan mewujudkan perasaan kebersamaan mereka dengan rakyat Palestin yang ditindas.

8- Bagi para pemudi dan wanita yang beriman, mereka hendaklah berderma dengan barang-barang perhiasan berharga yang mereka miliki.

9- Kepada seluruh warga yang bekerja, gunakanlah kedudukan kamu untuk menyelamatkan Palestin. Sebagai contoh :-

a. Para Pendakwah : Bangunkan Ummah untuk membantu Palestin dan serulah pihak-pihak berkuasa dengan kebenaran.

b. Ahli-ahli Parlimen : Gunakan segala jentera pemantauan supaya Kerajaan melaksanakan tanggungjawabnya secepat mungkin.

c. Para aktivis Politik dan Parti : Himpunkan rakyat untuk isu ini, berlumba-lumbalah sekarang untuk menyelamatkan ummah.

d. Para Pengamal Undang-undang : Berusahalah di peringkat nasional dan antarabangsa untuk mengutuk perang dan penyembelihan secara beramai-ramai ini.

e. Para Wartawan : Gunakan kedudukan anda untuk membentuk pendapat umum rakyat samada melalui media bercetak mahupun media audio visual. Sebarkan kesedaran mengenai usaha ummah untuk menyelamatkan Palestin. Dedahkan pekung musuh, berilah peringatan kepada mereka yang masih bersikap alpa dan leka, serulah ummah dan bangunkan orang-orang yang lalai.

Gerakerja secara kolektifIkhwan Muslimin, seluruh parti politik dan pertubuhan-pertubuh an NGO, sekarang ini sedang berhimpun untuk menyusun usaha secara kolektif menuntut supaya pintu masuk di setiap sempadan di Palestin untuk dibuka. Dengan izin Allah, semua pertubuhan ini dengan kerjasama daripada bangsa Arab, umat Islam dan seluruh rakyat di dunia akan melakukan apa yang tidak dilakukan oleh negara-negara dan institusi-institusi antarabangsa.

“Dan katakanlah, “ Bekerjalah kamu, maka Allah akan melihat pekerjaanmu, begitu juga RasulNya dan orang-orang Mukmin..” (At-Taubah : 105)

Note: Dr. Mahmoud Ezzat,
Setiausaha Agung,
Jamaah Ikhwan Muslimin.
Terjemahan : Maszlee MalikSumber: http://www.palestin kini.info

"Barangsiapa dari kalangan kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah ia mengubah kemungkaran itu dengan tangannya. Andai tiada keupayaan, maka lakukan dengan lisannya. Andai tiada juga keupayaan, maka lakukan ia dengan hatinya. Dan demikian itu adalah selemah-lemah iman” “ Muttafaq ‘alayh

yang baik itu datangnyer dari ALLAH, yang buruk itu datangnyer dari aku..

********************************APIH *************************************

11 comments:

  1. Asalamualykom kengkawan IP,
    kengkawan ingat aku lagi tak...Mat Rock..
    nama lama aku Fazlena,
    skarang nama baru aku Fadilah...
    boleh panggil aku FaDiL je...
    aku bukan curi nama Fadilah kawan kita Banjar tu ye, aku tukar sebab nama lama takde meaningla..

    aku tak sangka hari ni hari arwah Z meninggal..dan tak sangka pulak aku dpt bertemu blog nih pd hari ni yg diberi oleh Hafizanum, tq Anum,.. eh Apih
    aku doakan arwah dirahmati Alah dan diampun segala dosanya...
    satu hari kita pon akan menyusul ke sana gak...

    aku rindula kat sume kengkawan gurlzzzzzzzzzzzz IP kita tu..
    Dah 13 tahun kita tinggalkan tempat yg penuh memori tu...
    masih terbayang kat mata aku kengkawan lama selain Anum...Faridah Husin, Ameed,Hary, geng2 otai, kak Noriah, Fadilah, 2 orang Norliza (satu power riper, satu feminin), si kurus kelantan tu aku dah lupa nama dia, sharipah dan lain2...

    masih terbayang jugak dimata aku pokok2, tasik, traktor, kebun sayur, kebun nangka, cempedak, kandang ayam, itik, kat IP Parit dan sawah, jalan tanah merah, banjir, pagar belubang kat belakang IP Bumbung 5...

    semoga kengkawan sume hidup bahagia disamping hubby2 korang ek...
    aku nak taula, sapa lagi yg blom kawin ek? hary ape citer?

    salam rindu,
    rogerrrrrrrrrr

    ReplyDelete
  2. just set your date into dd/mm/yyyy
    regards.

    templates-gallery.blogspot.com

    just feel free to reply me again if you need other help. thanks :)

    ReplyDelete
  3. Fazlena... yang terjun dr tingkat 2, itu aku kenal... fadil .. tak sure lagi... :p

    Ko kat jabatan landscape putrajaya lagi ke?


    Aja

    ReplyDelete
  4. apa no kau Fadlena@Fadil...rindu aku kat ko...aku masih ingat macam mana kau sedih sewaktu exam kerana kau kehilangan adik tersayang yang kembali ke rahmatullah kerana accident. kau meronta nak balik kg dan aku yg pujuk supaya bersabar dan teruskan menduduki exam...

    ReplyDelete
  5. itu bukan adik dia la medai, abang dia yang meninggal tu

    ReplyDelete
  6. oh lupa lah...sejarah silam.....apa no dia apih oii...kau tak gi tengok ida bersalin ke

    ReplyDelete
  7. kalau ko tak bgtau, mana la aku tau.. hehehhheh

    ReplyDelete
  8. asalamualaikom kengkawan,
    yoooo Medai... aku pon rindu sama lu..
    ko keje kat mana skarang?
    tak silap aku ko duk kat KL eh..
    anak dah bape?
    heheh aku takde lagi...kosong lagi maaa
    blom rezeki..
    aahh mana bleh lupa ko pujuk masa aku tengah sentimentis tu...hehe
    aku doakan semua arwah yg kita kenal dirahmati Allah..
    sory hari tu aku lupa no la, Medai, Apih...
    no hp aku 016-2751974
    call la aku, aku duk kat kuarters Presint 11, Putrajaya.
    aah Aja, aku keje kat Jabatan Lanskap lagi, kat Perbadanan Putrajaya gak lagi..
    Aja, ko aku dengar dah jadi jutawan eh...ko bisnes apa ha?

    ok Apih, Medai, Aja,....senang2, bagi la email kat aku; fazlena@ppj.gov.my..

    jumpa lagiiiiiii...
    rogerrrrrrr

    ReplyDelete
  9. salam semua.. mama hariani tepon aku this morning.. dia dah pindah ke bangi.. patut la... tapi tetap keja kat tempat lama (MPOB).

    from apih

    P/S note: kak liz, camno nk hantar message kak? nk sign kat mana ek? tak reti lak den ni haa... tolong./..

    ReplyDelete
  10. Mari-mari cuba tengok sini, kalau minat telepon aye ekkk?!!

    http://crystalkristal.blogspot.com/

    ReplyDelete
  11. Apih: hantar mesej eh? Sori akak manyak bz tak sempat tengok blog ni.. dah berdeu dan berhabuk dah. heheheh.. nak upkan balik tempat chit chat tu. nanti yer.. hari minggu lapang akak buat.

    ReplyDelete