Thursday, February 28, 2008

ADA BERITA NAK BAGITAU!..

untuk kali ke-2 pada hari ni, jam ni, saat ini, aku nk menyampaikan berita yang kurang enak.. dan mungkin buleh menitiskan air mata.. (bg yg tak kuat semangat, mcm aku)

baru2 ini, seorang dari sahabat kita, telah dimasukkan ke hospital.. mengikut kata dia, baru je keluar hospital 2 minggu lepas.. dan sekarang menanti untuk pembedahan pada bulan march nanti... penyakit yang tak pernah diduga akan menimpa dirinye. Allah uji dia dengan penyakit iaitu ketumbuhan luar rahim @ Endometrosis.. tapi ia masih ditahap "BULEH DIUBATI"

sebelum ni pun ada jugak sahabat kia kena mcm dia, cuma tak mau menceritakan, sbb perkara dh berlalu. namun, masih belum terlewat untuk beritahu korang semua..

korang mesti nk tau siapa dia...dia bg aku "green light" untuk ceritakan penyakit dia ni.. dia bukan minta simpati ye... jgn salah anggap.. aku yang mintak agar dia bgtau kat kita semua.. mudah- mudahan ringan sedikit bebanan yang dia rasai...

DIA ialah " AIDATAZILAH"... korang jgn terperanjat lak.. aku bukan main2... ini betul2...kalau nk minta kepastian, tepon la dia...

aku wakilkan diri aku untuk sahabat2 ex-TIUT IPP/IPBL supaya sama2 berdoa agar KAK AIDA selamat menjalani pembedahan.. semoga dia kuat semangat, jgn putus asa..

KAK AIDA, walau kami jauh, kami tetap ingat pda akak..

nk tak kita buat donation untuk KAK AIDA? apa pendapat korang?

oklah.. aku takleh nk cerita lebih2.. sbb aku sedih sgt2... maafkan aku ek.. kalau cerita ni membangkitkan rasa kurang senang pada korang.. aku hanya nk kongsi berita ni.

oklah...

from APIH with luv...

5 comments:

  1. apapun diucapkan supaya kak Aida bersabar dalam menghadapi ujian dari-NYA dan kami sebagai kawan 2 sentiasa mendoakan yang terbaik buat kak Aida. Apa apa berita jangan disorok dan hebahkan pada kami supaya bebanan tu dapat diringankan walaupun sekadar ucapan selamat dan doa dari kami semua.

    ReplyDelete
  2. Semoga Kak Aida tabah menghadapi dugaanNYA. Ida doakan semoga pembedahan tersebut berjaya.

    Kawan2, apa kata kita pergi ziarah kak Aida kat sana? lepas tu kita buat reunion kat sana aje.. lagipun ramai member2 kita kat Johor kan?

    ReplyDelete
  3. askum....
    untuk kak aida, ina doakan akak tabah dan selamat menjalani pembedahan nanti.
    Betul ckp medai tu,apa2 hal jgn disorok,luahkan ,.skrg-krgnya ringan sedikit bebanan wlpn skadar ucapan slmt.
    Utk ida cadangan tu..baik jugak.tp kt tggu mber2 kt yg lain.diaorg setuju tak.
    ~Ina Ganu..~

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum semua..

    Buat Aida, semoga tabah dan kuat semangat. Kerana kekuatan semangat akan menyembuhkan segala kesakitan dengan segera ^_^. InsyaAllah Aida akan selamat dalam pembedahan. Sama-samalah kita berdoa ye kengkawan...

    Pasal perjumpaan pula, I nak join la kali ni kalau tak ada halangan InsyaAllah.. ^_^. Kat Putrajaya atau kat mana-mana pun setuju saja.

    ReplyDelete
  5. K Aida...semoga selamat menjalani pembedahan.

    Kitaorg mmber2 sumer doakan akak...semoga tabah hadapi dugaan ...

    ainn

    ReplyDelete