Perhatian kepada ajk sekelian,
Aku paham yg korang suma sibuk termasuk la aku... mohon maaf...
Minit mesyuarat akan diedarkan tak lama lagi melalui w/site nih.. so, kalau korang nk tau apa butir mesyuarat, korang buleh baca bila dah di letakkan di w/site ni. Terima kasih ain, sbb ada masa nk siapkan minit tu... Kita akan bgtau bila buleh baca, ok?!..
Dalam seminggu nih, s/u akan menghantar surat kepada yg dilantik utk mendpt persetujuan dari anda semua. TOLONG RESPON BILA DAPAT SURAT PERLANTIKAN TU.
Oleh itu, aku nk mencadangkan tarikh perjumpaan untuk ajk2 rasmi pada 21 (Sabtu) atau 22 Januari (Ahad) 2006, atau pun kalau rasa terlalu awal, kita buat awal febuari selepas CNY & awal muharam iaitu, 4 Febuari (sabtu) atau 5 Febuari (Ahad). Macam mana? buleh ker tak? S/u juga akan hantar "NOTICE OF MEETNG" pada ajk2 untuk mendapat persetujuan untuk meeting yg pertama nih.. Jadi aku harap dlm 65% atau 80% ajk2 kena setuju, barulah buleh meeting ini dapat diadakan.
Sempena tahun baru hijriah (aku tak amik pot ngan tahun baru omputih nih.. hehehehh) kita nak kotakan apa yg kita katakan.. kalau kita nk buat reunion, kita MESTI BOLEH buat... Kalau korang bebetul dh pilih aku jd presiden, aku kena mainkan peranan aku.. aku nk realisasikan impian korang suma.. So, aku nk AJK2 yg dilantik nanti, sama2 berganding bahu supaya kita dapat buat perjumpaan ini. Besarlah harapan aku supaya ajk2 dapat hadirkan diri pada meeting yg pertama. Kalau ada masalah dan yg dok jauh tu aku maafkan tapi kena bagitau awal2 tak dapat dtg. Senang kita nk arrange macam mana.
So, aku nk email korang dengan alamat serta h/p no. supaya surat dpt dihantar kemungkinan melalui pos atau email. Sila email kt ain, nm_ain@yahoo.com atau mapia, ima_112n@yahoo.com . TAPI KALAU KORANG TAK GAK RESPON, TERPAKSALAH S/U CARIK KORANG TAK PUN AKU SENDIRIK TEPON KORANG.
Besar harapan aku supaya ajk2 menerima perlantikan itu, dan kita dapat teruskan agenda yg lain pulak, seperti meeting.
Perjumpaan yg pertama aku kan cuba dapatkan tempat di tempat kerja aku, iaitu di INTI COLLEGE MALAYSIA, NILAI.. aku akan cuba dptkan bilik meeting untuk korang suma.. Ini untuk kali pertama sahaja, lepas tu S/U berdua tu kena carikkan tempat plak. Ok? ada bantahan.. sori.. bantahan ditolak... Acah jer!...muahahaha...
Ain & Mapia, mgg depan aku carik korang berdua.... Mapia.. ko jgn ngelat aaa.... tolong la si ain tuh... Ramlah aku amik ko jd ajk Johor yer? confirmed....
Oklah... Jumpa di minggu hadapan...
Apih!
No comments:
Post a Comment