Wednesday, March 19, 2008

DOAKAN KESELAMATAN KAK AIDA!


salam semua... just nk update berita terbaru... Kak Aida akan menjalani pembedahan pada 21 Mac 2008 (Jumaat) di Hospital Penawar Pasir Gudang.. kita sama2 doakan agar dia selamat menjalani pembedahan tersebut...


pada sahabat2 yang berada di johor, kalau nk pie melawat bulehlah ke sana.. Kak Aida kata, minta ampun maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki, halalkan makan minum, terhutang pada korang semua...


"SELAMAT MEYAMBUT MAULIDUR RASUL"


sekian harap maklum....


dari APIH...



Thursday, March 13, 2008

Macam mana perjumpaan ke 2?

ASSALAMUALAIKUM...

apa khabar semua? harapan aku semua dlm keadaan sihat...Alhamdulillah, proses pilihanraya berjln dengan jayanya... tanpa sebarang insiden yang buruk kecuali di tempat yang PANAS je.. wlaupun kita di war-warkan dengan pelbagai sms, berita dan khabar angin yang buleh menggoncangkan kestabilan negara. rakyat dah pandai berfikir..

mukadimah seterusnya ialah, perjumpaan kita.. Ida kata kita g ke Johor jumpa kak Aida dan buat perjumpaan di sana... hmm... bg aku, terang2 kata, memang tak dpt nk pie.. tapi kalau korang dpt pie, bagus jugak.. on behalf of me.. sampaikan salam "ASSALAMUALAIKUM" pada sahabat2 di Johor.

kalau tak dpt jugak, kita cuba jugak bulan April, Mei & Jun...byk masa nk fikir nih.. mcm mana?

bgtau ek...

APIH

Wednesday, March 5, 2008

Ulang Tahun Siapa?

Assalamualaikum semua warga Ex-Tiut,

Hari ini K.Liz sangat gembira. Kenapa? Kerana....

Hari ini adalah genap 3 tahun blog ini beroperasi.

Jadi K.Liz nak mengucapkan Selamat untuk blog ini dan ribuan terima kasih kepada penyumbang-penyumbang di blog ini terutamanya kepada Apih yang tak letih-letih untuk meneruskan lifespan blog ini. Syabas juga kepada semua (Ain, Medai, Ida Rusli, Aida, Ina Ganu) kerana sering bertandang ke blog ni. Dan kepada rakan-rakan yang tak tersebut nama mereka, janganlah berkecil hati, anda semua tidak dilupakan dan ribuan terimakasih juga diucapkan kerana sudi juga menjenguk walau sesekali ke blog ini.